Primary School Tiny Techies Skill Workshop Microbit
3 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniBengkel Micro:bit ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai asas pengaturcaraan dan elektronik menggunakan papan Micro:bit. Selain itu, bengkel ini juga berperanan memupuk minat terhadap teknologi serta membina keyakinan dalam mengendalikan projek digital yang interaktif dan kreatif.Antara aktiviti yang dilakukan adalah Pengenalan Micro:bit: Pengenalan kepada papan Micro:bit dan fungsinya melalui demonstrasi interaktif oleh fasilitator.
Pembelajaran Asas Pengaturcaraan: Sesi pembelajaran asas pengaturcaraan menggunakan blok kod (block-based coding) untuk mengawal LED, butang, dan sensor pada Micro:bit. Sesi Interaktif dan Perkongsian Idea: Sesi soal jawab dan perkongsian idea bersama mentor bagi menggalakkan kreativiti, inovasi dan kefahaman mendalam dalam kalangan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: